mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – NOVEMBER 2023

1) BASIC ICT BINA PERBENTANGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT )

    • Tarikh         : 4 November 2023

      Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

      Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

      Peserta      : 4 orang

      TUJUAN

      Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk perbentangan slide menggunakan Microsoft Power Point. Petugas juga memberikan sedikit tips dan info tentang website menarik memuat turun template slide yang sesuai dengan tajuk perbentangan masing-masing. Secara tidak langsung, ia menggalakaan pelajar sekolah untuk menggunakan kemudahan di PEDi untuk menyiapkan tugasan sekolah

      AKTIVITI

        • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Office Power Point/ Slides.Go. Setelah itu, petugas mengajar pengguna melayari beberapa laman web yang menawarkan template percuma dan menarik untuk di muat turun. Pengguna diajar untuk insert pelbagai animasi dan juga transisi yang baru ke dalam slide mereka. Petugas juga menggalakkan pengguna untuk menyimpan dokumen tersebut ke dalam storan masing-masing atau cloud.

        • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna  kerana dapat mengetahui lebih banyak laman web bermanfaat untuk dijadikan panduan. Petugas juga mengajar menggunakan animasi yang sesuai dengan keperluan slide. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

    • Klik Gambar Di Sini

2) BASIC ICT – PENULISAN SURAT RASMI & EMEL

Tarikh         : 5 November  2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk membuat surat rasmi seiring dengan keperluan pengguna. Petugas juga memberikan sedikit tips dan info tentang website menarik seperti Scrib sebagai contoh untuk jenis-jenis surat rasmi yang ingin ditaip. Pengguna diajar untuk memuat naik dokumen ke dalam emel

 AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Word/ Scrib. Setelah itu, petugas mengajar pengguna melayari beberapa laman web yang menawarkan contoh surat-surat rasmi sebagai panduan. Pengguna juga diajar menaip surat rasmi berdasarkan kesesuaian perkara yang ingin disampaikan. Selain itu, petugas juga menggalakkan untuk menyimpan dokumen tersebut ke dalam storan masing-masing atau cloud

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna dapat mengetahui lebih banyak laman web bermanfaat untuk dijadikan panduan. Selain itu, pengguna juga diajar menggunakan perkataan yang sesuai semasa penulisan surat rasmi  dibuat. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

3) BASIC ICT  (MUAT NAIK DOKUMEN GOOGLE DRIVE)

Tarikh         : 8 November  2023

Masa          : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada tenaga pengajar KEMAS untuk memuat naik dokumen untuk disimpan kedalam google drive masing-masing selain dari menyimpan di dalam pendrive. Petugas juga memberikan panduan kepada mereka cara untuk membuat folder di dalam storan tersebut.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Google Drive. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai akaun Google yang aktif dan boleh di log masuk. Pengguna juga memastikan pengguna log keluar system setelah tamat sesi penggunaan.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pekerja sektor awam KEMAS untuk lebih mahir menggunakan Google Drive dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat Menyesuaikan diri supaya mahir menggunakan system memandangkan pengguna perlu mengemaskini data secara bulanan. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak antaranya Keselamatan Berinternet dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

4) BASIC ICT  (CANVA SLIDE EDITING)

Tarikh         : 8 November  2023

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : PEDi Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar sekolah untuk menggunakan laman web Canva untuk membuat kerja khusus/folio. Petugas juga menarik minat pelajar sekolah untuk menggunakan pelbagai laman web percuma untuk kreativiti dan inovasi individu secara keseluruhannya.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva & Google Drive. Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar sekolah mempunyai akaun Google yang aktif dan boleh di log masuk. Pengguna juga memastikan pengguna log keluar system setelah tamat sesi penggunaan.