mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – OGOS 2018

i) PEMBELAJARAN ONLINE – SKETCHPAD BASIC JAWI CALLIGRAPHY

Tarikh         : 5 OGOS 2018

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk untuk mendidik para pelajar untuk menggunakan platform di atas talian bagi mempelajari pelbagai teknik tulisan jawi secara berkomputer yang lebih menarik dan tidak membosankan serta mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar juga dapat mengenali serta mempelajari tentang asas kaligrafi jawi yang mudah menggunakan internet dan teknik pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti ini, peserta dapat belajar menulis kaligrafi menggunakan Online Sketchpad. Para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet seperti laman web permainan pendidikan yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengisi lapang mereka sepanjang cuti sekolah mereka.Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memudahkan lagi mempelajari kaedah tulisan jawi yang mudah .Peserta menulis kaligrafi tulisan jawi seperti huruf-huruf jawi, serta menulis nama mereka sendiri. Peserta juga belajar fungsi ‘tools’ yang terdapat di Online Sketchpad. Peserta juga di beri pendedahan menggunaan Sketchpad Online melalui laman web Sketchpad 5.1. Peserta dapat belajar asas penggunaan font, calligraphy,text, colour,shape dan blend mode di Sketchpad Online. Peserta mencipta font yang baru menggunakan features seperti calighraphy,pencil, pen, web,spirograph dan lain-lain. Selain itu,peserta belajar membuat corak-corak abstrak menggunakan features seperti mirror brush dan colour. Selain itu, peserta juga mencari maklumat serta KDB. Di akhir pembelajaran, para peserta mendapat saguhati daripada usahawan setempat pusat internet.

Lihat Gambar Di Sini

 

ii)  PENGISIAN DOKUMEN DAN BORANG SECARA ONLINE UNTUK TENAGA PENGAJAR KEMAS

Tarikh         : 15 OGOS 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 4 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para pendidik atau tenaga pengajar KEMAS untuk mengisi maklumat yang berkaitan secara atas talian.

AKTIVITI

Oleh kerana kebanyakkan tenaga pengajar KEMAS adalah dari golongan yang agak berumur, jadi pengisian dokumen dan borang secara online agak sukar untuk mereka memahami dan mengisi borang atau dokumen berikut secara online. Dengan adanya latihan ini, mereka sedikit sebanyak dapat mempelajari cara untuk menggunakan tools dan menaip secara betul dan lebih mudah.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iii)  AKTIVITI (KUIZ MATEMATIK ONLINE)

Tarikh         : 19 OGOS 2018

Masa          : 3.00 – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti permainan teka silang kata , kuiz matematik, uji minda dan sebagainya.

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti sebegini, antaranya Kuiz Matematik Online kanak-kanak dapat bermain aktiviti yang bagus seperti kuiz online yang mampu memberi sedikit dua info dan pengetahuan khusus terutamanya pada subjek kiraan matematik. Mereka juga dapat berbincang bersama rakan-rakan mereka dan saling bersaing secara sihat disamping menjawab soalan kuiz tersebut secara tangkas dan tepat. Mereka juga di beri Cenderahati lebihan Open Day PI Sg.Masin.

 Lihat Gambar Di Sini

 

iv)  AKTIVITI SEKOLAH RENDAH (KUIZ PORTAL PUSAT INTERNET)

Tarikh         : 23 OGOS 2018

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar juga dapat mengenali mempelajari tentang pengetahuan umum Pusat Internet sejak ia ditubuhkan sehinggalah sekarang..

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti Kuiz Portal Pusat Internet sebegini, pelajar sekolah dapat mengetahui segala yang diletakkan di dalam portal Pusat Internet Kg Sg.Masin. Pelajar juga dapat mengetahui bagaimana untuk membuka laman portal dengan tunjuk ajar petugas. Mereka juga dapat pelbagai maklumat berkenaan kampung dan komuniti setempat mereka. Petugas juga melakukan aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak.

 Lihat Gambar Di Sini

 

v)  AKTIVITI SEKOLAH RENDAH (KUIZ KAHOOT IT – SIMPULAN BAHASA & PERIBAHASA BAHASA MELAYU)

Tarikh         : 24 OGOS 2018

Masa          : 9.30 Pagi– 12.30 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin 

Peserta      : 6 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar juga dapat mengenali mempelajari tentang simpulan bahasa yang mudah dan teknik pembelajaran yang lebih menyeronokkan

AKTIVITI

Dengan adanya aktiviti sebegini seperti Kuiz  Simpulan Bahasa & Peribahasa, kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai lagi permainan pendidikan berfaedah yang ada di atas talian. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar sekolah memantapkan lagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Simpulan Bahasa juga seronok dimain di atas talian seperti Kahoot It.

 Lihat Gambar Di Sini