i) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE EXCEL FOR BEGINNER II)
Tarikh : 3 Ogos 2022
Masa : 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta dikalangan pelajar lepasan sekolah tentang penggunaan Microsoft Office di PEDi. Selain itu, petugas juga memberikan pendedahan kepada peserta akan modul-modul Microsoft Office Excel dari awal pembelajaran sehingga ke akhir modul.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Excel. Setelah itu, petugas akan memastikan peserta mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan pembelajaran Microsoft Office Excel serta memahami pemula modul Microsoft Office Excel. Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta dengan memberi kemudahan kepada pelajar sekolah untuk menyiapkan tugasan sekolah selain dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Selain itu, ia juga dapat menyiapkan para pelajar lepasan sekolah untuk mereka menyambung pelajaran ataupun ke dalam pekerjaan.
ii) BENGKEL E- PEMBELAJARAN ( CANVA CREATIVE LEARNING – POSTERS/FLYERS)
Tarikh : 7 Ogos 2022
Masa : 11.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar untuk menggunakan laman web percuma untuk mereka bentuk poster atau kad perniagaan di laman web Canva/PosterMyWall. Pelajar juga diberikan pendedahan akan teknik-teknik suntingan yang kreatif.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Canva/PosterMyWall.Setelah itu, petugas akan memastikan pelajar mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan pembelajaran rekaan poster Canva serta memuat turun poster/ kad perniagaan yang telah dibuat. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat mengasah kreativiti pelajar dengan aktiviti /bengkel yang menarik, memudahkan mereka cipta poster dengan suntingan yang menarik serta memudahkan pelajar untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya. Selain itu, ia dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.
iii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( EMEL – CREATE/COMPOSE/LABEL)
Tarikh : 8 Ogos 2022
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk create emel dan buat label untuk emel yang penting. Pengguna juga mempelajari cara untuk attach dokumen ke dalam emel serta cara untuk menggunakan tool di dalam google seperti calendar, form dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Gmail dan Google. Setelah itu, pengguna menggunakan pelayar internet dan gmail untuk membuka akaun emel mereka. Petugas juga memastikan pengguna menyimpan password mereka serta memahami cara bagaimana menggunakan tool di dalam emel dan juga tool di dalam google. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Search Engine Google.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana memudahkan untuk menghantar dokumen dan mempelajari pelbagai tools di dalam google. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Search Engine Google.
iv) BENGKEL PEMBELAJARAN – WEB WHATSAPP QR CODE GENERATE
Tarikh : 10 Ogos 2022
Masa : 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar akan penggunaan Whatsapp QR code. Selain itu, petugas juga mengajar pelajar untuk link Whatsapp mereka dengan PC atau device yang lain untuk kegunaan Whatsapp web serta mengajar mereka untuk generate code QR dari Whatsapp.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang aplikasi Whatsapp. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Whatsapp, petugas akan memastikan pelajar mempunyai aplikasi Whatsapp dan mempunyai talian internet untuk link device mereka.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat melahirkan pelajar yang celik IT dan peka akan perkembangan semasa yang memerlukan internet sebagai pemberi maklumat utama serta memudahkan peserta untuk attach dokumen mereka dari dalam PC.
v) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE WORD -PENULISAN SURAT RASMI)
Tarikh : 10 Ogos 2022
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk menaip surat rasmi dan memberikan pendedahan kepada pelajar/golongan dewasa yang kurang mahir menggunakan computer untuk menulis surat di Microsoft Word.
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Word. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna boleh menggunakan peralatan asas computer seperti keyboard dan mouse sebelum menaip surat tersebut.- Petugas juga memastikan pengguna menyimpan surat tersebut sebelum dicetak. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana memudahkan pengguna untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.