i) AKTIVITI SEKOLAH RENDAH (PUZZLE PORTAL PUSAT INTERNET DAN KDB)
Tarikh : 5 & 17 Oktober 2018
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 5 Oktober ( 6 orang ) & 17 Oktober ( 6 orang )
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar juga dapat mengenali mempelajari tentang pengetahuan umum Pusat Internet sejak ia ditubuhkan sehinggalah sekarang.
AKTIVITI
Dengan adanya aktiviti pengenalan Portal dan FB Klik Dengan Bijak, pelajar sekolah dapat mengetahui segala yang diletakkan di dalam portal Pusat Internet Kg Sg.Masin. Pelajar juga dapat mengetahui bagaimana untuk membuka laman portal dengan tunjuk ajar petugas. Mereka juga dapat pelbagai maklumat berkenaan kampung dan komuniti setempat mereka. Mereka juga mendapat sedikit info mengenai poster berkaitan dengan KDB yang di letak dilaman FB Klik Dengan Bijak.
ii) AKTIVITI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH RENDAH (STORYBOARD CREATOR ONLINE )
Tarikh : 7 Oktober 2018
Masa : 3.00 Petang– 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang berkaitan dengan ICT. Para pelajar juga dapat mengenali selok belok penghasilan video watak kartun.
AKTIVITI
Dengan adanya latihan atas talian, para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas internet terutamanya cara-cara untuk mengubah sesuatu objek. Aktiviti seperti permainan yang menyeronokkan disamping mempelajari pengetahuan umum yang lain. Ini juga dapat membantu mereka dari melakukan aktiviti yang kurang berfaedah di luar sana.
iii) AKTIVITI TUTORIAL DIY – CANTING PALATE KACA DAN GLITTER UP YOUR BLANK PAPER
Tarikh : 10 & 20 Oktober 2018
Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 10 Oktober ( 10 orang ) & 20 Oktober ( 7 orang )
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar untuk menggunakan platform di atas seperti Youtube untuk mempelajari tutorial DIY yang sesuai dengan pelajar sekolah serta mudah dibuat dengan bahan yang sedia ada.
AKTIVITI
Dengan adanya aktiviti Canting Palate Kaca & Glitter Up Your Blank Paper, para peserta dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang asas warna secara kreatif dan menarik. Pelajar dapat belajar bagaimana untuk mencari video Tutorial dan DIY di laman Youtube. Pelajar juga dapat mempraktikkan apa yang dipelajari di rumah masing-masing. Ini juga dapat menambahkan aktiviti di antara pihak PPS dan PI disamping berkhidmat untuk komuniti.
iv) KOSPEN, KDB DAN KEMPEN KEAHLIAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA ANJURAN KEMAS BATANG KALI
Tarikh : 12 Oktober 2018
Masa : 7.00 Pagi– 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Latihan GIAT KEMAS Batang Kali
Peserta : 29 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan PI kepada golongan Ibu Bapa pelajar Tadika KEMAS Batang Kali dan juga mempromosikan perkhidmatan PI termasuk perkhidmatan KOSPEN.
AKTIVITI
Dengan adanya aktiviti ini, para pengunjung mendapat keahlian dan juga pelbagai cenderahati daripada PI. Peserta yang hadir juga dapat memeriksa tahap kesihatan mereka secara percuma sambal menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan KEMAS. Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah kempen keahlian, KOSPEN dan sukaneka serta KDB.
v)ADVOKASI SKMM (KDB DI SEK KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU 2 BERSAMA PI KKB DAN PI TAMAN LEMBAH DAMAI KERLING
Tarikh : 30 Oktober 2018
Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU 2
Peserta : 121 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi taklimat KDB kepada pelajar sekolah rendah terutamanya tentang bahaya pengguanaan internet dengan salah serta memberi taklimat menyeluruh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan remaja dan penggunaan internet.
AKTIVITI
Tajuk taklimat adalah buli siber, maklumat palsu dan online grooming. Pelajar didedahkan dengan contoh serta kesan sekiranya terjebak dengan salah satu aktiviti yang diceritakan oleh penceramah. Mereka juga diberi peluang untuk menjawab kuiz dan mendapat hadiah yang menarik dari PI. Selain dari taklimat KDB, para pelajar juga di beri kuiz dan tayangan video berkaitan KDB.