i) BENGKEL PEMBELAJARAN (PENULISAN KERJA KURSUS & CARA FORMATTING & PENGGUNAAN TOOL REFERENCE) SEKOLAH MENENGAH
Tarikh : 1 Oktober 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang pelajar sekolah dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan dengan memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya penggunaan aplikasi atas talian bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka dan galakan kepada pelajar supaya meneroka lebih banyak lagi penggunaan tool dan template sedia ada di dalam Microsoft Office Word seperti reference tool.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan tugasan perbentangan sekolah dengan menggunakan template dan panduan sedia ada di dalam Microsoft Office Word dengan memastikan pelajar memahami cara penggunaan tool reference tersebut (cara penggunaan footnote) serta menyimpan dokumen dengan betul dan memastikan pelajar mempunyai emel bagi membuat backup penyimpanan dokumen mereka.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk penggunaan tool tersebut dengan betul dan dapat menggunakan platform seperti google drive dokumen.
ii) BENGKEL PEMBELAJARAN (PENULISAN KERJA KURSUS & CARA FORMATTING & PENGGUNAAN TOOL REFERENCE) PART II SEKOLAH MENENGAH
Tarikh : 2 Oktober 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang pelajar sekolah dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan dengan memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya penggunaan aplikasi atas talian bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka. Selain itu, ia memberi galakan kepada pelajar supaya meneroka lebih banyak lagi penggunaan tool dan template sedia ada di dalam Microsoft Office Word seperti reference tool
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan tugasan perbentangan sekolah dengan menggunakan template dan panduan sedia ada di dalam Microsoft Office Word dengan memastikan pelajar memahami cara penggunaan tool reference tersebut (cara penggunaan footnote).Pelajar juga perlu menyimpan dokumen dengan betul dan memastikan pelajar mempunyai emel bagi membuat backup penyimpanan dokumen mereka.
-
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk penggunaan tool tersebut dengan betul dan dapat menggunakan platform seperti google drive dokumen.
iii) BENGKEL E KERAJAAN (PANDUAN UNTUK MENJAWAB SOALAN SPA & CARA UNTUK MENELITI CONTOH SOALAN DI INTERNET
Tarikh : 8 Oktober 2019
Masa : 11.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut dan memastikan pelajar dapat mengisi setiap soalan di dalam masa yang diberikan.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman SPA dan cara menjawab soalan. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut. Petugas juga memastikan pelajar membawa kalkulator dan buku catatan untuk diconteng dan memastikan internet di PI cukup kuat bagi memudahkan peserta menjawab soalan mereka.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna disebabkan senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif dan sekali gus mempelajari dan bertanya kepada petugas jika mereka memerlukan panduan.
iv) BENGKEL E KERAJAAN (PANDUAN PENGISIAN BORANG KEMASUKAN KE SEKOLAH VOKASIONAL DI LAMAN PUBLIC MOE)
Tarikh : 10 Oktober 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk mendaftar masuk akaun laman web tersebut. Pelajar adalah dari golongan ibu bapa yang membantu anak beliau mengisi borang berkenaan dengan memastikan pelajar memilih sekolah yang dipohon dengan betul dan selari dengan keperluan anak mereka.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web public MOE dan cara isian borang secara online. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dan memastikan ibu bapa membawa segala maklumat berkenaan dengan anak-anak mereka serta mempunyai akaun emel untuk memudahkan proses permohonan sekolah.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna disebabkan senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif dan pelajar boleh menggunakan internet dan sekali gus mempelajari dan bertanya kepada petugas jika mereka memerlukan panduan.
v) BENGKEL E-KERAJAAN (PANDUAN LOG IN & MENGISI MAKLUMAT PENDAPATAN KE DALAM SISTEM LHDN)
Tarikh : 11 Oktober 2019
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk mengisi maklumat pendapatan di dalam system tersebut dengan memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut dengan memastikan pelajar dapat mengisi setiap keperluan yang dikehendaki oleh LHDN.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web LHDN serta cara isi borang cukai pendapatan secara online. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dengan memastikan pelajar membawa segala maklumat yang dikendaki oleh LHDN sebelum mengisi borang tersebut dan pelajar memahami cara pengisian borang tersebut dengan meneliti panduan sedia ada.
-
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta pelajar boleh menggunakan internet dan sekali gus mempelajari dan bertanya kepada petugas jika mereka memerlukan panduan. ia juga dapat melahirkan pelajar yang celik IT.
vi) BENGKEL E-KERAJAAN (PANDUAN DAN CARA LOG IN KE SISTEM HRMIS BG SEKTOR KERAJAAN)
Tarikh : 18 Oktober 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para guru KEMAS akan bagaimana untuk daftar masuk ke dalam sisten HRMIS dengan memberi penerangan ringkas tentang cara untuk lihat dan cetak penyata tahunan masing-masing.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang laman web HRMIS dan cara log in sistem. Setelah itu, petugas memberi penerangan ringkas tentang system HRMIS dengan memastikan setiap guru KEMAS memahami tentang topik pengajaran yang diajar. Petugas juga memberi tunjuk ajar secara individu sehingga peserta faham.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengajar KEMAS adalah berlainan. Guru KEMAS mendapat input yang lebih komprehensif dengan konsep pengajaran yang mudah difahami. Secara tidak langsung akan melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT. Petugas juga memberi aktiviti sokongan seperti cara menyimpan dokumen & cetakan dari PC.
vii) BENGKEL PEMBELAJARAN (PENGGUNAAN TOOL & CARA MASUKKAN DATA DARI XML
Tarikh : 24 Oktober 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para guru KEMAS akan bagaimana untuk membuat membina jadual dan cara input sumber luar contoh dari XML dan sebagainya serta memberi pendedahan tentang keperluan formula ringkas di dalam Excel seperti data tool dan filtering
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang excel iaitu penggunaan data tool dan cara masukkan input luar menerusi kaedah importing. . Setelah itu, petugas memastikan setiap guru KEMAS memahami tentang topik pengajaran yang diajar dan petugas juga memberi tunjuk ajar secara individu sehingga peserta faham. Guru KEMAS juga menyiapkan latihan excel yang telah diberi pada kelas-kelas yang lepas.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta kerana setiap kelas yang diadakan untuk pengajar KEMAS adalah berlainan. Selain itu, peserta mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami yang dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT.
viii) BENGKEL E PEMBELAJARAN ( KUIZ MOH KLIK UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH) SUBJEK MATEMATIK DAN SAINS
Tarikh : 29 Oktober 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 8 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dengan menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk pelajar sekolah serta memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari subjek teras sekolah secara interaktif dengan menggunakan laman web MOH KLIK
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi penerangan tentang Web MOH KLIK dan kuiz ini dibuat secara individual. Setelah memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara ringkas, pelajar yang menyertai aktiviti ini dapat mencuba pelbagai jenis kuiz yang disediakan oleh petugas PI secara atas talian dengan memastikan talian internet yang laju membolehkan pelajar bermain kuiz dengan tenang.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta melahirkan pelajar celik IT dan melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam bidang matematik dan sains. Peserta yang menjawab soalan dengan betul dan pantas diberikan cenderahati.
ix) BENGKEL E PEMBELAJARAN ( PANDUAN MEMBINA EMEL DAN CARA MASUKKAN SIGNATURE DI DALAM EMEL)
Tarikh : 30 Oktober 2019
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman gmail dengan memberi penerangan akan cara-cara membuat signature di dalam emel.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang password kukuh emel dan cara setting akaun emel tersebut serta pembuatan signature emel. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dengan memastikan pelajar memilih kata laluan yang kuat demi keselamatan emel masing-masing serta pelajar dapat memahami cara pembuatan signature berkenaan.
-
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif.
Pelajar juga boleh menggunakan internet dan sekali gus mempelajari dan bertanya kepada petugas jika mereka memerlukan panduan.