i) BENGKEL E-KERAJAAN (PANDUAN PENGISIAN BORANG GERAN PRIHATIN 2.0 GKP 2020 UNTUK USAHAWAN)
Tarikh : 02 Oktober 2020
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 10 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para usahawan kecil dan sederhana untuk mengisi borang GKP 2020 secara atas talian.
-
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang laman web GKP 2020. Setelah memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan pelajar memahami cara untuk mengisi borang tersebut. Pelajar juga diberitahu untuk membawa dokumen berkaitan seperti lesen perniagaan, sijil SSM dan sebagainya sebelum mengisi borang tersebut. Dengan adanya Pusat Internet Kg Sg Masin, usahawan yang terjejas dengan keadaan ekonomi semasa akibat pandemik boleh membuat permohonan terus secara atas talian tanpa perlu ke kaunter.
-
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan selain dapat memudahkan usahawan untuk membuat apa-apa jenis permohonan atas talian. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Internet layar.
ii) BENGKEL PEMBELAJARAN (INSERT GRAF DAN ANIMATION KE DALAM SLIDE PERBENTANGAN)
Tarikh : 05 Oktober 2020
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 8 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar akan bagaimana untuk menyiapkan tugasan sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru menggunakan aplikasi Mic.Power Point/Powtoon. Petugas juga memberi kesedaran kepada pelajar akan pelbagai aplikasi di dalam internet yang boleh menjadikan tugasan sekolah lebih efisyen dan menyeronokkan selain memberi galakan kepada pelajar supaya menggunakan kemudahan internet atau aplikasi sedia ada untuk membuat tugasan sekolah.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Power Point dan juga Powtoon. Setelah pelajar menyiapkan tugasan mereka menggunakan aplikasi Mic.Power Point/Powtoon, petugas akan memastikan pelajar mempunyai akaun emel untuk mengakses laman web Powtoon jika pelajar menggunakan Powtoon dan menyimpan dokumen tersebut selepas menyiapkan tugasan berikut. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk animasi dan transition yang menarik serta pelajar boleh memuat turun themes/design menarik dari dalam internet.
iii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (GOOGLE DOCS DRIVE DAN IMAGE STORING CLOUD)
Tarikh : 06 Oktober 2020
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 7 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar akan bagaimana untuk menyiapkan tugasan sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru di dalam google drive. Petugas juga memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya penggunaan aplikasi yang betul untuk kegunaan harian selain memberi galakan kepada pelajar supaya menggunakan kemudahan internet atau aplikasi sedia ada untuk membuat tugasan sekolah. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word dan Google Drive. Setelah pelajar menyiapkan tugasan mereka menggunakan Google documents / Google Drive, petugas akan memastikan pelajar mempunyai akaun emel untuk mengakses drive tersebut kerana pelajar perlu menyimpan dokumen tersebut selepas menyiapkan tugasan berikut.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk penggunaan tool tersebut dengan betul.
iv) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (ZOOM MEETING DAN VIEW SLIDE)
Tarikh : 10 Oktober 2020
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 5 orang
TUJUAN
-
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para pekerja yang perlu menggunakan zoom sebagai gantian kepada mesyuarat secara langsung selain memudahkan pekerja untuk membuat perbincangan dengan rakan kerja secara langsung.Pekerja juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Internet layar.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan memberi penerangan ringkas tentang cara membuka laman web ZOOM Meeting. Setelah tu, petugas akan memastikan pekerja memahami cara untuk menggunakan platform tersebut dengan menyimpan dan ingat no id masing-masing untuk log in kedalam sistem tersebut.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pekerja yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta memudahkan pekerja yang berada di jarak yang jauh untuk berkomunikasi.