mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – OKTOBER 2021

i) BENGKEL E-KERAJAAN (PANDUAN MENGISI BORANG KAJI SELIDIK MCMC SECARA ATAS TALIAN)

Tarikh         : 3 Oktober 2021

Masa          : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 5 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar para pengguna PI untuk menjawab survey yang dibuat oleh SKMM secara atas talian bagi untuk mengumpul respons dari pengguna mengenai aplikasi Nasional yang dibangunkan oleh kerajaan.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan memberikan penerangan ringkas tentang survey SKMM. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna memahami cara untuk menjawab survey di tersebut dan memahami isi kandungan survey sebelum submit survey tersebut serta memasuki kod yang betul sebelum menjawab survey tersebut. Para pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Internet layar.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana para pengguna kerana boleh memberi maklum balas mengenai pandangan mereka terhadap mana-mana aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan secara terus kepada SKMM agar pengguna berharap perkhidmatan yang ditawarkan berguna kepada rakyat.

Klik Gambar Di Sini

ii) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT OFFICE – IMPORT DATA FROM ACCESS)

Tarikh         : 4 Oktober 2021

Masa          : 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah memberi sedikit tips tentang cara untuk import data dari Microsoft Access ke Microsoft Excel. Oleh itu, petugas akan memberi penerangan ringkas tentang penggunaan Microsoft Office Excel .

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Excel & Access. Setelah pengguna menyiapkan tugasan mereka menggunakan Microsoft Office, petugas akan memastikan pengguna dapat menggunakan kemudahan seperti internet dengan laju. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pengguna dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta pengguna dapat mengetahui cara untuk meng import data dari Access ke Excel dengan menggunakan tools sedia ada di dalam Microsoft.

Klik Gambar Di Sini

iii) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI STATISTIK BULANAN MAJALAH PERPUSTAKAAN DESA SG.MASIN)

Tarikh         : 5 Oktober 2021

Masa          : 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pelajar bagaimana untuk mengisi data bulanan pinjaman buku ke dalam sistem PPAS dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara untuk memasukkan data yang berkaitan di dalam jadual yang telah disiapkan di dalam borang statistic di dalam laman web PPAS yang disediakan.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang cara untuk log in ke dalam sistem tersebut. Setelah itu, petugas akan memastikan setiap pelajar memahami cara untuk memasukkan data di dalam ruangan yang disediakan dengan mengisi statistic ke dalam system laman web PPAS. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu cara membuat jadual di Microsofft Excel.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta dapat melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT

Klik Gambar Di Sini

iv) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (E -TUISYEN MATEMATIK TINGKATAN 3)

Tarikh         : 3,10,17 dan 24 Oktober 2021

Masa          : 9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang 

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuat tutorial online untuk subjek Matematik  bagi pelajar sekolah menengah. Oleh itu, petugas akan memberi penerangan ringkas tentang subjek yang dibincangkan dan meneliti pelbagai contoh soalan peperiksaan lepas sebagai panduan pembelajaran dan kelas ini diadakan bersesuaian dengan norma baharu (onlineclass/sharing/meeting) sebagai pengganti kelas secara bersemuka. Selain itu, ia adalah salah satu inisiatif terbaru oleh MSD untuk meningkatkan mutu dan objektif PIK.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar dan tenaga pengajar menggunakan zoom sebagai perantara kelas. Petugas akan memastikan pelajar dapat melihat contoh soalan serta nota dan cara penyelesaian berdasarkan perbentangan yang dibuat oleh tenaga pengajar serta pelajar memahami setiap topik yang dibincangkan.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana para pelajar dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen serta pelajar dapat berbincang sesama dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan mereka meskipun tidak dapat bersemuka secara depan-depan.

BENGKEL E- PEMBELAJARAN ( PERKONGSIAN DOKUMEN MELALUI GOOGLE SHEETS & DRIVE)

Tarikh         : 8 Oktober 2021

Masa          : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Lokasi        : Pusat Internet Kg Sg Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah mengajar pengguna akan bagaimana untuk memuat turun sheet dan mengisi data terus ke dalam google drive. Setelah itu, petugas juga memberi kesedaran kepada pengguna akan pentingnya penggunaan aplikasi yang betul untuk kegunaan harian serta memberi galakan kepada pengguna supaya menggunakan kemudahan internet atau aplikasi sedia ada bagi memudahkan tugasan yag berkaitan dengan penggunaan komputer dan internet.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna menyiapkan kerja tugasan mereka dengan menggunakan Microsoft Office Word dan Google Drive. Setelah pengguna menyiapkan tugasan mereka menggunakan Google documents / Google Drive, petugas juga memastikan pengguna mempunyai akaun emel untuk mengakses drive tersebut bagi menyimpan dokumen tersebut selepas menyiapkan tugasan berikut. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana pengguna yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta memudahkan pengguna untuk mengisi data serta berkongsi data secara langsung dengan pengguna yang lain.

Klik Gambar Di Sini