i) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (ASAL USUL DAN SEJARAH JALUR GEMILANG)
Tarikh : 02 Oktober 2022
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti menarik dengan petugas berkongsi ilmu dengan pelajar sekolah tentang sejarah-sejarah Malaysia dan jalur gemilang. Pelajar sekolah dapat menjawab kuiz dengan kaedah yang lebih interaktif dan menarik
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Quizizz dan Kahoot. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Quizizz dan Kahoot, petugas akan memastikan pelajar sekolah mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan kuiz di laman web Kahoot/Quizizz serta pelajar sekolah sudah mencari sedikit sebanyak maklumat mengenai sejarah bendera Malaysia.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana mereka dapat mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti yang menarik selain dapat menambah ilmu disamping membuat aktiviti menarik. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
ii) BENGKEL KEUSAHAWANAN – KELAS SET UP UNTUK FOTOGRAFI PRODUK
Tarikh : 08 Oktober 2022
Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta dikalangan pelajar lepasan sekolah tentang penggunaan cahaya lampu dan teknik fotografi yang tepat untuk mendapatkan gambar produk yang jelas dan menarik. Selain itu, petugas juga memberikan pendedahan kepada usahawan tentang pentingnya teknik fotografi untuk dimasukkan ke dalam e-commerce.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang teknik fotografi dan editing. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang teknik fotografi dan editing, petugas akan memastikan peserta mempunyai produk yang ingin ditangkap gambar dan mempelajari teknik set up lampu untuk imbasan cahaya yang tepat untuk menaikkan seri gambar produk. Petugas juga akan memastikan peserta tahu untuk menggunakan teknik fotografi dengan hanya menggunakan smartphone.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta kerana dapat melahirkan usahawan baru yang serba tahu dan boleh serta memperbanyakkan golongan usahawan muda.
iii) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE WORD – FORMAT JADUAL UNTUK KERJA KHUSUS)
Tarikh : 10 Oktober 2022
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah Microsoft Word untuk membuat kerja khusus sekolah mereka. Petugas juga mengajar mereka untuk membina jadual dan mencari/muat turun maklumat yang diperlukan di laman web yang boleh dipercayai.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Google Drive Sharing & Microsoft Word. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Google Drive Sharing & Microsoft Word, petugas akan memastikan pelajar mempunyai data/maklumat untuk dimasukkan ke dalam kerja khusus mereka serta mempelajari pelbagai tool yang menarik seperti references dan sebagainya. Petugas juga akan memastikan dokumen yang di edit sudah di simpan ke dalam simpanan masing-masing.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat melahirkan golongan belia yang celik IT. Selain itu, ia memudahkan pelajar sekolah untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
iv) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (UJIAN KPP SEKOLAH RENDAH)
Tarikh : 26 Oktober 2022
Masa : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah dengan aktiviti menarik iaitu petugas memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang undang-undang jalan raya- dan memahami setiap tanda isyarat jalan.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Ujian KPP beginner level. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Ujian KPP beginner level, petugas akan memastikan pelajar mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan Ujian KPP. Petugas juga akan memastikan pelajar mempelajari sedikit sebanyak tentang undang-undang jalan raya yang mudah.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti yang menarik serta menambahkan ilmu disamping membuat aktiviti menarik. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
v) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE EXCEL – FORMAT KEWANGAN UNTUK PELAJAR SPM)
Tarikh : 24 Oktober 2022
Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah menggunakan Microsoft Excel untuk membuat kerja khusus sekolah mereka. Petugas juga mengajar pelajar akan beberapa format kewangan yang terdapat di dalam Excel bagi memudahkan pengiraan tugasan tersebut.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Google Drive Sharing & Microsoft Excel. Setelah petugas memberi penerangan ringkas tentang Google Drive Sharing & Microsoft Excel, petugas akan memastikan pelajar mempunyai data/maklumat untuk dimasukkan ke dalam kerja khusus mereka serta mempelajari pelbagai formula excel ringkas/berkaitan dengan keperluan tugasan kewangan mereka. Petugas juga akan memastikan pelajar mempunyai dokumen yang di edit sudah di simpan ke dalam simpanan masing-masing.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar sekolah kerana dapat melahirkan golongan belia yang celik IT serta memudahkan pelajar sekolah untuk membuat kerja-kerja harian yang menggunakan komputer dan sebagainya.Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).