i) ESEI DAN DASHBOARD MY KOMUNITI
Tarikh : 2 & 15 September 2018
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 5 orang (2 September 2018) dan 6 orang (15 September 2018)
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk pelajar menaip esei di dalam Bahasa Melayu menggunakan Microsoft Word atau Microsoft Power Point di selangi dengan penambahan corak yang menarik. Selain itu, aktiviti ini menjadikan penambahan pengumuman di Dashboard MyKomuniti
AKTIVITI
- Dengan adanya aktiviti Esei bertema bebas ( jalan cerita dongeng) serta Dashboard My Komuniti ini, kanak-kanak boleh mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan disamping boleh mencambah minda mereka dengan pelbagai imaginasi yang diluar kotak pemikiran mereka. Esei membantu pelajar untuk menggunakan kosa kata yang cantik dan baik dan membantu di dalam penulisan esei di sesi persekolahan mereka. Selain itu, dapat membantu pelajar untuk menggunakan aplikasi dashboard dengan berfaedah disamping membuat pengumuman yang sahih di My Komuniti. Di akhir aktiviti ini, Pusat Internet Kg Sg Masin mengadakan Klik Dengan Bijak.
ii) POSTER HARI MALAYSIA – KATEGORI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Tarikh : 8 September 2018
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 5 orang (2 September 2018) dan 6 orang (15 September 2018)
TUJUAN
Sempena Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, Pusat Internet membuat pertandingan ringkas membuat poster secara atas talian bertemakan Hari Malaysia. Peserta melukis poster menggunakan laman web Online Sketchpad serta postermywall.com.
AKTIVITI
- Dengan adanya aktiviti lukisan poster secara atas talian, kanak-kanak tidak lagi perlu untuk melukis poster secara tradisional kerana laman tersebut menawarkan pelbagai sticker yang menarik dan juga terdapat warna yng lebih variasi berbanding pensel warna yang sebenar. Ini juga dapat menambahkan aktiviti yang menarik disamping memberi sedikit pengetahun am tentang lukisan atas talian ini.
iii) PEMBUKAAN KAUNTER SYABAS
Tarikh : 20 September 2018
Masa : 11.00 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
TUJUAN
SYABAS membuka kaunter di Pusat Internet adalah untuk memudahkan penduduk kampung yang mengalami masalah bil atau tidak mendapat bil secara bulanan.
AKTIVITI
- Dengan adanya kaunter bergerak SYABAS ini, penduduk yang mengalami masalah bil boleh merujuk ke kaunter bergerak SYABAS tanpa perlu ke pejabat yang berhampiran. Cuma penduduk tidak boleh membayar bil mereka secara terus di kaunter bergerak. Seramai 10 pengguna serta 3 orang kakitangan SYABAS telah datang pada hari tersebut.
iv) TUTORIAL ORIGAMI FLORA FAUNA – SEKOLAH RENDAH
Tarikh : 28 September 2018
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 6 orang
TUJUAN
Sempena cuti UPSR, pelajar sekolah yang tidak bersekolah berpeluang menyertai aktiviti tutorial origami bertemakan flora dan fauna. Pelajar dikehendaki mengikuti tutorial yang terdapat di dalam youtube dan terus mempraktikkannya.
AKTIVITI
-
Dengan adanya aktiviti seperti Lipatan Origami ini yang di sokong bantuan Tutorial dari Youtube, kanak-kanak boleh mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan disamping boleh mencambah minda mereka dengan pelbagai imaginasi yang diluar kotak pemikiran mereka. Origami dapat membantu mereka lebih fokus di dalam pelajaran dan menjadikan mereka lebih kreatif dan kritis di dalam kehidupan seharian.
- Lihat Gambar Di Sini