i) PEMBUKAAN KAUNTER SYABAS
Tarikh : 4 September 2019
Masa : 11.00 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : Seramai 6 pengguna serta 2 kakitangan SYABAS telah datang pada hari tersebut.
TUJUAN
SYABAS membuka kaunter di Pusat Internet adalah untuk memudahkan penduduk kampung yang mengalami masalah bil atau tidak mendapat bil secara bulanan serta memudahkan penduduk untuk bertanyakan tentang apa-apa masalah berkaitan air tanpa perlu pergi ke pejabar SYABAS di Kuala Kubu Bharu
AKTIVITI
Dengan adanya kaunter bergerak SYABAS ini, penduduk yang mengalami masalah bil boleh merujuk ke kaunter bergerak SYABAS tanpa perlu ke pejabat yang berhampiran Cuma penduduk tidak boleh membayar bil mereka secara terus di kaunter bergerak. Antara pelaksanaan aktiviti utama adalah pembukaan kaunter SYABAS, para pengunjung yang hadir boleh terus ke kaunter yang dibuka bagi membolehkan pemprosesan pengeluaran bil serta cenderahati kepada penduduk yang sudi hadir ke PI untuk mendapatkan bil dari SYABAS. Pengunjung juga diberi penerangan mengenai aplikasi baru SYABAS untuk dimuat turun. Program ini juga dihadiri oleh VIP iaitu Pn.Haslinda Binti Abdul Razak.
ii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (ONLINE PRESENTATION EDITOR PREZI PART II SEKOLAH MENENGAH)
Tarikh : 4 September 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang pelajar sekolah dengan aktiviti yang berfaaedah dan menyeronokkan supaya dapat memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya penggunaan aplikasi atas talian bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka dengan memberi galakan kepada pelajar supaya lebih banyak menggunakan aplikasi sedia ada di dalam internet bagi menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih efisien dan interaktif.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar menyiapkan tugasan perbentangan sekolah dengan menggunakan platform prezi bagi memastikan pelajar memahami cara penggunaan laman tersebut serta menyimpan dokumen dengan betul dan memastikan emel yang dibina digunakan.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar dapat mengetahui beberapa bentuk platform secara atas talian yang dapat memudahkan kerja harian mereka sebagai pelajar dan menggunakan platform lain selain dari Microsoft Power Point.
iii) BENGKEL E-DAGANG (PEMBELIAN ATAS TALIAN DAN CARA SIGN UP / PAYMENT DI LAZADA)
Tarikh : 8 September 2019
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar golongan wanita dewasa cara menggunakan web pemasaran atas talian seperti my.mudah com,lazada, shoppee bagi memudahkan pembelian dalam internet serta memperbanyakkan lagi aktiviti berfaedah di PI.
AKTIVITI
-
Aktiviti di mulakan dengan memberi penerangan ringkas tentang Lazada dan manfaatnya kepada kehidupan seharian bagi memastikan agar pelajar memahami cara mendaftar ke laman web dengan betul. Setlah itu, aktiviti utama dimulakan dengan pendaftaran akaun baharu serta penerangan ringkas tentang laman web tersebut.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar dapat membeli barang dengan mudah di dalam atas talian serta dapat memperoleh barangan yang jarang ada di kedai – kedai berhampiran dan dapat mempelajari kaedah pembelian atas talian dengan mudah dan efisien
iv) Bengkel E-Usahawan (Dashboard MyShop) Cara Daftar dan Muatnaik Produk
Tarikh : 11 September 2019
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan PI tentang cara muat naik produk ke dalam laman Myshop serta memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk daftar masuk akaun laman web tersebut bagi memastikan usahawan PI dapat menggunakan manfaat yang ada di dalam talian secara lebih senang dan efektif.
AKTIVITI
-
Aktiviti di mulakan dengan memberi penerangan ringkas tentang MyShop dan proses memuatnaik produk. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in masuk ke dalam laman web tersebut. Petugas juga memastikan usahawan PI membawa softcopy gambar-gambar produk mereka untuk dimuat naik kedalam laman web dengan memahami dahulu isi pengajaran terutamanya penggunaan tool yang agak banyak dan mengelirukan.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada usahawan PI kerana boleh menggunakan platform online tersebut untuk memasarkan produk mereka secara lebih senang dan meluas yang dapat melahirkan usahawan yang celik IT. Usahawan menyatakan, mereka senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif.
v) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (QUIZZIES GEOGRAFI TAHAP 1 & II )
Tarikh : 13 September 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah serta menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan anak muda. Selain itu, petugas juga menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk pelajar sekolah dengan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari subjek teras sekolah secara interaktif.
AKTIVITI
-
Aktiviti di mulakan dengan memberi penerangan tentang Web Quizizz yang akan di jawab secara individual. Setelah memberi penerangan tentang topik yang berkaitan secara ringkas, pelajar yang menyertai aktiviti ini dapat mencuba pelbagai jenis kuiz yang disediakan oleh petugas PI secara atas talian dengan petugas memastikan talian internet yang laju agar membolehkan pelajar bermain kuiz dengan tenang.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan selain dapat melahirkan pelajar celik IT serta pelajar yang berpengetahuan dalam bidang sains serta geografi. Pelajar yang menjawab soalan dengan betul dan pantas diberikan cenderahati.
vi) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (PERTANDINGAN SEMPENA LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN : ARTIKEL)
Tarikh : 14 September 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 10 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperbanyakkan aktiviti berasaskan komputer dan ICT bersama pelajar sekolah menengah sempena program yang berlangsung serta memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk menyertai pertandingan yang rapat dengan pembelajaran mereka iaitu penulisan artikel.
AKTIVITI
-
Aktiviti di mulakan dengan petugas memberi penerangan serta memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in masuk ke dalam laman web tersebut. Pelajar yang menyertai pertandingan ini, hendaklah menulis artikel mereka di dalam Microsoft Word terlebih dahulu sebelum memuat naik artikel mereka ke dalam MyKomuniti. Panjang esei/artikel tersebut mestilah melebihi 200 patah perkataan.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana boleh menggunakan platform MyKomuniti untuk membuat hebahan. Selain itu, PI dapat menyediakan pelbagai aktiviti /pertandingan yang menarik yang bersesuaian dengan peringkat umur bagi melahirkan pelajar yang celik IT.
vii) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (WORD SEARCH ONLINE SEMPENA LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN 2019)
Tarikh : 15 September 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 10 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperbanyakkan aktiviti berasaskan komputer dan ICT bersama pelajar sekolah menengah sempena program yang berlangsung. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk menyertai pertandingan yang diadakan sempena program berlangsung.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan pelajar diberikan penerangan tentang Word Search yang akan dibuat secara individual. Setelah diberikan penerangan tentang topik yang berkaitan secara ringkas, pelajar yang menyertai aktiviti ini dapat mencuba pelbagai jenis permainan silang kata secara atas talian dengan memastikan pelajar menyiapkan 3 set word search tersebut.
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai komputer dan peralatannya, boleh mengenali sedikit sebanyak dengan cara pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan serta dapat melahirkan pelajar celik IT.
viii) E-PEMBELAJARAN (DASHBOARD MYPLACE – PINNED KLINIK DAN FARMASI DI MYPLACE)
Tarikh : 16 September 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 8 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperbanyakkan aktiviti berasaskan komputer dan ICT bersama pelajar sekolah menengah sempena program yang berlangsung serta memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk menyertai pertandingan yang berkait rapat dengan tujuan program bagi memberi pendedahan kepada peserta akan lokasi klinik kesihatan swasta mahupun kerajaan dan farmasi serta lain –lain yang berkenaan.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan carian maklumat tentang lokasi klinik dan farmasi dan Pinned tempat menarik. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log masuk ke dalam laman web tersebut dengan memberi contoh ringkas yang boleh didapati di dalam internet dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah dengan memastikan pelajar memahami cara untuk pinned tempat dan memuat naik butir-butir klinik & farmasi ke dalam web tersebut.
- Dengan adanya aktiviti sebegini, pelajar sekolah senang hadir ke PI untuk menggunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta boleh menggunakan platform online tersebut untuk mencari pelbagai tempat-tempat menarik di sekitar PI.
ix) BENGKEL E-PEMBELAJARAN (ONLINE APPLICATION CANVA.COM UNTUK POSTER ATAS TALIAN)
Tarikh : 22 September 2019
Masa : 3.00 Petang– 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana untuk menggunakan platform atas talian untuk membuat poster ringkas dan sedikit tunjuk ajar peserta bagaimana untuk mendaftar ke laman canva.com.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan log in atau sign up ke dalam laman canva. Setelah itu, petugas memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana untuk log in ke dalam laman web canva dengan memastikan pelajar mempunyai design dan bentuk poster yang diinginkan serta pelajar memahami cara penggunaan tool di dalam canva tersebut.
-
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana pelajar senang hadir ke PI untuk mengunakan internet kerana persekitaran yang kondusif serta para peserta dapat berkongsi maklumat di diantara satu sama lain dan ini akan melahirkan pelajar yang celik IT.