i) BENGKEL PEMBELAJARAN ( MICROSOFT OFFICE UNTUK USAHAWAN )
Tarikh : 1 September 2022
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta dikalangan pelajar lepasan sekolah tentang penggunaan Microsoft Office di PEDi. Selain itu, petugas juga memberikan pendedahan kepada pelajar yang ingin berniaga secara kecil-kecilan tentang penggunaan resit dan invoice serta sebut harga di dalam perniagaan.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Microsoft Office Excel .Setelah memberi penerangan ringkas tentang Microsoft Office Excel, petugas akan memastikan peserta mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan pembelajaran Microsoft Office serta memahami pemula modul Microsoft Office. Peserta juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
- Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peserta untuk mencari bahan dan maklumat di dalam internet di PEDi. Selain itu, ia juga dapat
melahirkan pelajar lepasan sekolah yang ingin berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan sekaligus memberi pendedahan awal secara asas mengenai usahawan muda.
ii) BENGKEL E-KERAJAAN (PERMOHONAN UPU UNTUK LEPASAN SPM/STPM)
Tarikh : 3 September 2022
Masa : 11.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membimbing pelajar lepasan SPM untuk mengisi borang UPU secara online. Petugas juga memberikan tips kepada pelajar untuk mengisi borang dengan betul dan tepat.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Online UPU. Setelah memberi penerangan ringkas tentang Online UPU, pelajar menggunakan pelayar internet untuk memohon UPU dengan petugas akan memastikan pelajar memahami cara bagaimana untuk mengisi borang tersebut secara ikut turutan serta pelajar dapat mencetak semua dokumen yang telah disiapkan.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana permohonan lebih mudah dan sebarang keraguan boleh meminta tunjuk ajar dari petugas PEDi. Selain itu, tempat lebih kondusif dan selesa serta capaian internet yang laju. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Microsoft Office Word.
iii) BENGKEL E- PEMBELAJARAN (KAHOOT SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA & POSTER HARI MALAYSIA)
Tarikh : 4 September 2022
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti menarik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Selain itu, petugas juga berkongsi ilmu dengan pelajar sekolah tentang sejarah-sejarah Malaysia dengan cara aktiviti yang sesuai seperti mereka poster kreatif bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Canva dan Kahoot. Setelah memberi penerangan ringkas tentang Canva dan Kahoot, petugas akan memastikan pelajar sekolah mengetahui asas penggunaan komputer sebelum memulakan pembelajaran rekaan poster Canva serta pelajar sekolah sudah mencari sedikit sebanyak maklumat mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia. Pelajar sekolah juga perlu mempunyai idea untuk membuat poster ringkas masing-masing.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana mereka dapat mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti yang menarik selain dapat menambah ilmu disamping membuat aktiviti menarik. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
iv) BENGKEL PEMBELAJARAN (SEARCH LOCATION & PIN DI MAPS UNTUK PETUGAS KEMAS)
Tarikh : 7 September 2022
Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada petugas KEMAS cara untuk mencari lokasi dan membuat pin lokasi di MAPS. Selain itu, petugas juga mengajar mereka cara untuk print skrin untuk diletakkan di Microsoft Office Word.
AKTIVITI
-
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Maps dan Microsoft Office Word. Setelah memberi penerangan ringkas tentang Maps dan Microsoft Office Word, petugas KEMAS menggunakan pelayar internet terutama Maps untuk print skrin lokasi yang dikehendaki dan pin lokasi tersebut. Setelah itu, petugas KEMAS print skrin maps kedalam Microsoft Office Word.
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada petugas KEMAS kerana dapat mendidik yang lebih berusia untuk mahir di alam tugasan yang memerlukan penggunaan komputer serta mempelajari pelbagai tools di dalam google seperti maps , form, drive dan sebagainya. Petugas KEMAS juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
v) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN PEPERIKSAAN SPA ONLINE)
Tarikh : 14 September 2022
Masa : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pengguna untuk melayari laman web yang diingini dengan mendedahkan pengguna terutama yang ingin menduduki peperiksaan SPA online menggunakan perkhidmatan di PEDi.
AKTIVITI
-
-
Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna melayari laman web yang diingini iaitu SPA online. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai segala maklumat yang diingini jika melayari laman web tertentu.Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Carian Enjin (Google).
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memanfaatkan teknologi sedia ada dengan lebih efisyen. Pengguna juga dapat melayari internet dengan mudah disamping menggunakan kemudahan yang lain seperti untuk menjawab soalan secara atas talian.
vi) BENGKEL PEMBELAJARAN (E-KERAJAAN – PEMBAHARUAN PASSPORT SECARA ONLINE DI LAMAN WEB IMIGRESEN MALAYSIA)
Tarikh : 19 September 2022
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Sg Masin
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna untuk membuat pembaharuan passport secara atas talian. Petugas juga mengajar pengguna untuk membuat pembayaran melalui online setelah selesai pembaharuan dibuat.
AKTIVITI
-
-
Aktiviti utama di mulakan dengan pengguna melayari laman web yang diingini iaitu Imigresen Malaysia. Setelah itu, petugas memastikan pengguna membawa semua details untuk diisi kedalam system imigresen. Petugas juga akan memastikan pengguna mempunyai online banking untuk membuat pembayaran serta mencetak dokumen yang telah diisi di laman web tersebut.
-
Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana dapat memudahkan pengguna untuk memperbaharui passport dengan secara online serta dapat membiasakan mereka untuk membuat urusan kerajaan secara atas talian sahaja.