mcmc
Maklumat Setempat

Maklumat Pusat Internet 1Malayasia


Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Masin, Batang Kali merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.

Malah bukan itu sahaja, NADI ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain NADI memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet.

 

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

1- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

2- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

3- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI

4- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan