Pertandingan Membuat Logo Pusat Internet 1 Malaysia
Salam & Selamat Sejahtera,
Untuk makluman Tuan/Puan, pihak MCMC akan melaksanakan Pertandingan Penciptaan Logo dan Nama Baru Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) bagi tujuan penjenamaan semula PI1M di seluruh Negara.
Sehubungan itu, pihak Tuan/Puan diharap dapat memaklumkan kepada Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M dibawah seliaan masing-masing mengenai pertandingan ini dan menggalakkan mereka untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar hasil ciptaan ahli-ahli PI1M mereka mengikut syarat yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Objektif penjenamaan semula ini adalah :
a) Menambahbaik imej PI1M sedia ada
b) Menonjolkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan sebagai agen transformasi kearah komuniti pintar
SYARAT PERTANDINGAN
a) Terbuka kepada semua ahli PI1M dari seluruh Negara (termasuk Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M).
b) Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan.
c) Semua hasil mestilah asli dan tidak ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara. Pihak panel penilai dan MCMC berhak untuk menolak penyertaan tersebut sekiranya didapati tidak asli.
d) Semua logo dan nama yang diterima oleh Urusetia bagi Pertandingan Penciptaan Logo dan Nama Baru PI1M akan menjadi hakmilik MCMC dan tidak akan dikembalikan. MCMC berhak ke atas logo dan nama yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk dijenamakan, digunakan, dipamerkan ataupun dicetak pada sebarang promosi media mahupun mana-mana acara atau majlis rasmi MCMC.
e) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Januari 2016.
f) Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M kawasan anda didaftarkan atau yang terdekat.
TEMPOH TARIKH : 23/12/2015 – 8/1/2016
** Maklumat lanjut berkaitan pertandingan, perlulah hadir ke PUSAT INTERNET 1MALAYSIA, SUNGAI MASIN.
HADIAH
Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima :