mcmc
Maklumat Am

RM50 masuk e-dompet

BAGI menggalakkan penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Melalui Program e-Penjana yang bernilai RM750 juta, orang ramai juga akan mendapat tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini akan bermula pada Julai 2020 dan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta juga akan menjalankan kempen “Shop Malaysia Online” bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian, di mana kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang..#COVID19#KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#StayAtHome