Kementerian Kesihatan sukar mengesahkan punca kes kematian 117 individu setakat ini, sama ada disebabkan penyakit COVID-19 atau komplikasi daripada virus itu. “Contohnya, pesakit positif COVID-19, tetapi virus sudah sampai ke jantung menyebabkan pembekuan darah di jantung dan menyebabkan mati sebagai […]
Kerajaan bersetuju secara dasar melonggarkan syarat untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan kepada keluasan masjid khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan..#COVID19#KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#StayAtHome
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun yang ingin memotong rambut di kedai diwajibkan untuk membuat temu janji lebih awal. Hanya seorang pelanggan dibenarkan untuk satu sesi khusus buat warga emas..#COVID19#KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#StayAtHome
Pasar pagi, pasar malam dan bazaria seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun dengan memastikan peniaga dan pengunjung mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Peniaga yang ingkar akan diarahkan tutup serta-merta..#COVID19#KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#StayAtHome
Antara sop yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian pelindung muka dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian set sarung tangan bagi setiap pelanggan dan jarak antara satu kerusi tukang gunting sekurang-kurangnya 2 meter. Pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza […]
Orang ramai diingatkan mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan kendiri yang tinggi bagi mengawal penularan COVID-19, terutama ketika pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan sosial. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata amalan itu wajar dipraktikkan dengan lebih kerap […]
BAGI menggalakkan penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Melalui Program e-Penjana yang bernilai RM750 juta, orang ramai juga akan mendapat tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. […]
SERAMAI 300,000 orang kurang upaya dan ibu tunggal yang tersenarai dalam Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak menerima bayaran ‘one off; sebanyak RM300. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bayaran itu akan diberikan sebelum Aidiladha..#COVID19#KitaTeguhKitaMenang#KomunikasiKita#StayAtHome
KERAJAAN dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari 8 pagi hingga 6 petang, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), beliau berkata inisiatif internet percuma […]
Elakkan 3S dan 3C, iaitu jauhi tempat yang sesak (crowded place), elakkan tempat sempit yang tertutup (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation). #COVID19 #KitaTeguhKitaMenang #KomunikasiKita #StayAtHome